суббота, 9 апреля 2011 г.

my first blog: myself

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...


Советский Район (Bahagian Bebas)
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog ini setelah berulang-ulang kali mencuba, maklumlah, orang kampung, tidak didedahkan sangat tentang blog ini..buat pengetahuan semua, inilah kali pertama saya menyertai arena "blogging"..nama saya tengku muhammad, seorang pelajar jurusan.............pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Pari Ipoh ( kelas1Cemerlang),kemudian berpindah ke sekolah kebangsaan jalan pegoh ipoh (kelas 2 Jauhari..3,4,5,6 Sukses) dan bersekolah menengah di sekolah menengah kebangsaan jati (kelas 1 Budiman, 2 Amanah, 3 Rancangan Khas)  juga di ipoh dan akhirnya saya berpindah di maktab rendah sains mara lenggong (kelas 4,5 Gamma) yang tidak terlalu terkenal seperti PKP..tidak pernah memegang apa-apa jawatan ketika di alam persekolahan dahulu, dan hanya bertindak sebagai seorang ahli pasif..pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera tetapi tidak terlaksana...berumur 19 tahun dan sekarang menetap di pinggir sungai Oka, Bandar Baru Bawah ..bandar ketiga terbesar terletak di negara bekas kesatuan soviet ini selepas Moscow dan St. Peterburg...tidak mempunyai abang atau kakak dan hanya mempunyai adik-adik...sebenarnya saya tak reti sangat nak letak benda-benda seperti latar belakang..sebab itulah blog saya ini agak kosong, tidak mempunyai apa-apa seperti blog-blog yang lain..Insya-Allah apa yang saya akan tulis di sini tidak akan kena mengena dengan politik, khususnya politik di Malaysia yang berbagai bentuk seperti dacing , bulan, roket dan sebagainya..dan mungkin hanya melibatkan perkara-perkara yang ingin saya tulis sahaja..dan nama blog ini ialah Prismatic, Rust and Dust,ingin diingatkan, tidak ada kaitan dengan politik,atau sesiapa sahaja yang tidak saya kenali..itulah sedikit sebanyak yang ingin saya tulis pada kali ini, hanya melibatkan pengenalan diri saya sahaja..

Hobi masa lapang
Sekian, terima kasih..

1 комментарий: